Tuesday, 1 March 2016

"Maksiat Zahir orang alim nampak pada orang jahil, Maksiat Batin orang jahil nampak pada orang alim."

Maksiat Zahir senang sebab nampak terang2.
Maksiat Batin tersembunyi dan selalu wujud dalam hati serta perasaan ahli Ibadah dan org Alim yang "perasan" dengan kelebihan pinjaman Allah.
Maksiat Zahir hanya dosa yg dilarang oleh Allah,
Maksiat Batin adalah syirik kerana menduakan Allah dengan diri sendiri.
Dalam kitab Mawaidz al Usfuriyyah diriwayatkan sepotong Hadith,
"Ahli maksiat tetapi hatinya senantiasa memohon rahmat Allah, lebih dekat dengan Allah berbanding ahli ibadah yg suka membuat orang lain berputus asa dgn rahmat Allah."
Si pelaku maksiat, sampai saat dan ketikanya Allah kurniakan jazbah kembali kepangkuanNya, kotor dan lemahnya diri menyebabkan dia sentiasa menghinakan diri di hadapan Allah, senantiasa harap Allah memeluknya dengan sifat Rahman dan Rahim.
Adapun ahli Ibadah yg paling ditakuti ialah dia tenggelam dalam sifat perasan dengan segala pinjaman dan anugerah yg Allah beri, berubah dia menjadi Ahli Ibadah yg zahirnya melakukan ibadah pada hakikat batinnya mensyirikkan Allah.
Mempersekutukan Allah dengan dirinya sendiri.
Merampas pakaian2 sifat Allah Taala lalu dia pakai pada dirinya.
Maka bermulalah episod dia menjadi penghukum dosa orang lain, memandang hina org lain, memuliakan diri sendiri, apabila pelaku maksiat mahu meminta nasihat, dia berpaling kerana benci.
Di dunia dia memutuskan harapan org lain terhadap rahmat Allah;
di akhirat Allah cabut rahmat drpd dirinya sekalipun ibadahnya di dunia sebesar gunung, tetapi lebur seperti abu di hadapan Allah Taala.
Semoga Allah merahmati kita dan sedarlah bahawa
"Nahnu Du'at wa Laisa Qudhat"
Kita hanyalah pendakwah(penyeru) dan bukannya Qadhi yakni penghukum bahkan sebaliknya Allah adalah sebaik2 penghukum.
Coretan Sahur,
al Faqir al Raji ila Rahmatillah al Wasi'ah.
Muhamad Hafiz Bin Azman al Darqawi.
Yaum al Maulid al Nabi al Rahmah
Isnin 3.32pagi.

No comments:

Post a Comment