Soalannya: Mengapa ramai murid yg mengikut perjalanan ahli Tasawwuf tetapi masih juga gagal menggapai matlamat dan hakikat bertasawwuf?
أقول و بالله التوفيق
Saya berkata dengan izin Allah,
Saya berkata dengan izin Allah,
Sepanjang dalam perjalanan saya mengikuti guru2, antara asbab utama murid itu gagal dalam perjalanan mereka adalah kerana cepat berputus asa dan kecewa. Berputus asa kerana mereka tidak boleh dan tidak mampu menerima nasihat yg terbit daripada guru mereka. Di dalam tempoh pentarbiyahan, seseorang murid harus bersabar dan kuat hati mereka menerima ujian dan perkataan-perkataan yg memedihkan hati daripada guru mereka yakni kalam-kalam guru yg adakalanya tak menyenangkan serta bertentangan dengan kehendak diri murid.
Namun begitu, sepanjang pemerhatian saya, kebanyakan murid, apabila diberi teguran dan ketukan terhadap hati dan diri mereka, lalu mereka cepat melatah hinggakan ada di antara mereka yg lari meninggalkan guru mereka, dan pergi kepada guru yg lain, lalu begitulah jua hal keadaannya apabila ditegur, dia pindah lagi kepada guru Murabbi yg lain, dan tanpa dia sedar dia umpama seorang musafir di jalanan, yg apabila menggunakan jalan pertama, sampai di pertengahan jalan dia dengar ada orang bagitahu ada jalan lain yg lebih mudah dan cepat, dia pun ubah jalan, kemudian pergi kejalan kedua, di jalan kedua dia jumpa lagi orang, dan orang itu bagitahu ada lagi jalan yg lebih dekat dan mudah lalu dia ubah lalu tanpa dia sedar yg sekiranya dia masih kekal begitu, sampai bila pun dia tak kan sampai ke destinasi,bahkan kalau sampai sekalipun mungkin tempohnya lama kerana terlalu banyak menukar jalan.
Wallahu A'lam.

No comments:
Post a Comment