"Sesiapa yakni murid atau salik yang mahu berjalan atas jalan tasawwuf dan kesufian dalam keadaan tanpa dibimbing oleh orang yang ARIF maka diharamkan keatasnya MAKRIFAH."
Maka bagaimanakah hal dan keadaannya seseorang yang mendakwa mahu mengikuti perjalanan sufi dan tasawwuf dalam keadaan dia menolak untuk menerima tarbiyyah daripada seorang guru yang ARIF.
Sesungguhnya jalan ini semakin jauh semakin sulit, jangan tertipu dan terpedaya dengan hiasan iblis. Yang menghijab pandangan dan melekakan dirimu dengan alfu karamah, seribu satu karamah. Yang saya umpamakan orang yang salik itu umpama Toyol yang dihantar oleh tuannya dengan tujuan MENCURI, namun ditengah perjalanan dia temui kacang hijau, lalu lekalah si Toyol dengan kacang hijaunya dan akhirnya lupa tujuan asal datang mahu mencuri.
Begitu jugalah murid yang mahu berjalan menuju redha dan makrifah kepada Allah, ramai yang kecundang kerana dipertengahan jalan mereka dipertemukan dengan karamah yang pelbagai, lalu mereka asyik melayani dan taajub dengan karamah tersebut dan akhirnya perjalanan mereka terhenti di situ kerana leka dengan ilham dan karamah.
Oleh kerana itu para penghulu sufi menyebutkan,
"Karamah itu adalah haid bagi mereka yang berjalan menuju Allah."r
Maka berhati2lah dalam perjalanan ini dan carilah guru Murabbi agar dapat menarik dan menyelamatkan kita ketika tersalah dalam memahami ilmu dan ilham. Jangan terus terleka dan tersesat di dalam diri sendiri.
Kata guru kami yang mulia,
"Orang yang ketika belajar dia tidak mahu menjadi murid dan menerima tarbiyah guru, lalu tiba2 dia mahu mengambil murid dan mentarbiyah mereka. Dia itu Firaun. Dia tidak mahu jadi mengapa mahu punya murid??"
"Orang yang ketika belajar dia tidak mahu menjadi murid dan menerima tarbiyah guru, lalu tiba2 dia mahu mengambil murid dan mentarbiyah mereka. Dia itu Firaun. Dia tidak mahu jadi mengapa mahu punya murid??"
Jangan juga kita leka dengan ilham-ilham yang hadir tanpa merujuk terlebih dahulu daripada orang-orang ArifBillah kerana ditakuti ilham itu disalahfahami oleh diri lalu mengakibatkan kesesatan yang berpanjangan. Di sinilah dalil keperluan kepada guru Murabbi dan Arif.
Semulia-mulia Sayyiduna Musa masih perlu kepada petunjuk Sayyiduna Khidir.
Sebaik-baik guru adalah Allah, namun cukuplah pengajaran daripada Sayyiduna Rasulillah, yang tetap berguru dengan Sayyiduna Jibril walaupun pada hakikatnya Baginda adalah seafdhal2 makhluq keseluruhannya.
Sebaik-baik guru adalah Allah, namun cukuplah pengajaran daripada Sayyiduna Rasulillah, yang tetap berguru dengan Sayyiduna Jibril walaupun pada hakikatnya Baginda adalah seafdhal2 makhluq keseluruhannya.
Ingatlah akan kisah seorang murid dan gurunya di dalam Kitab Tazkiratul Auliya', di mana seorang murid mendengar satu bisikan bahawa dia telah mencapai maqam kerohanian yang lebih tinggi daripada gurunya, maka tinggalkan daripada mengambil tarbiyah daripada gurunya. Lalu dia lari ke dalam hutan kerana mentaati perintah tersebut, kononnya dia yakin suara itu adalah suara ketuhanan yang membenarkan perjalanannya. Tanpa merujuk terlebih dahulu daripada gurunya yang Arif akan apa yang didengarnya, mungkin juga kerana telah terpedaya dan terbelit dengan janji manis Iblis. Maka dia pun lari ke hutan meninggalkan gurunya.
Di hutan tersebut dia menikmati pelbagai nikmat seolah-oleh sudah berada di dalam syurga.
Apabila gurunya mendengar akan berita mengenainya, maka bergegas ia mendapatkan muridnya di hutan dan apabila bertemu di hutan tersebut dia mengajak si murid kembali kepadanya untuk menerima tarbiyah dan menyambung perjalanan kepada Allah. Namun si murid lantas menolak dengan angkuh dan berkata bahawa dia sudah mencapai satu tingkatan maqam yang tinggi. Dia juga berkata "Lihatlah ! Betapa banyak karamah dan nikmat yang diberikan oleh Tuhanku." Lalu sang guru pun berkata, "Ini semua adalah tipu daya dan belitan iblis terhadap dirimu. Maka nyahlah kamu wahai iblis yang dilaknat!"
Maka seketika itu juga si murid baru menyedari bahawa dia bukan berada dia atas satu tempat duduk yang mulia dan indah bahkan berada dia atas tong najis!"
Lalu dia mendapatkan gurunya dan memohon ampun kemaafan. Gurunya berkata, "Berhati-hatilah dalam perjalanan ini."
Benarlah kata Ibn Athoillah al Sakandari,
اذا علمت أن الشيطان لا يغفل عنك فلا تغفل انت عمن ناصيتك بيده
"Sekiranya engkau tahu bahawa syaitan tidak pernah lupa padamu walau sejenak, maka janganlah sedetik pun engkau lupa kepada Allah Taala yang nasibmu berada di dalam kekuasaannya."
اذا علمت أن الشيطان لا يغفل عنك فلا تغفل انت عمن ناصيتك بيده
"Sekiranya engkau tahu bahawa syaitan tidak pernah lupa padamu walau sejenak, maka janganlah sedetik pun engkau lupa kepada Allah Taala yang nasibmu berada di dalam kekuasaannya."
Saya memohon kemaafan sekiranya apa yang saya perkatakan ini menyinggung dan melukakan hati sesiapa, saya menulis kerana kasih serta bersangatan cinta kepada kalian dan saya juga momohon ampun daripada Allah sebagaimana yang dipohon oleh Sayyidul Muddah Imam al Bushiri,
استغفر الله من قول بلا عمل
Aku memohon ampun daripadaMu ya Allah atas ucapan yang tidak diikuti oleh perbuatan.
al Faqir wa al Haqir ilAllah al Ghaniyy
Muhamad Hafiz ibn Azman al Darqawi.
Muhamad Hafiz ibn Azman al Darqawi.
No comments:
Post a Comment